KnL HOMESTAY
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN MENGINAP DI
HOMESTAY
Ø Hanya tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina dibenarkan menginap.
Ø Semua peralatan yang disediakan didalam homestay ini boleh digunakan oleh penyewa. Peralatan tersebut hendaklah digunakan dengan secara berhemah dan cermat. Jika terdapat kerosakan sebelum digunakan, sila lapor kepada pemilik homestay dengan kadar segera.
Ø Tidak dibenarkan mengalihkan kedudukan peralatan didalam homestay ini. Jika penyewa mengalihkan kedudukan peralatan tersebut, penyewa hendaklah meletakkan kembali peralatan tersebut kepada kedudukan asal sebelum 'check out' dari homestay ini.
Ø Pastikan semua peralatan dapur yang digunakan oleh penyewa dicuci sebelum 'check out' dari homestay ini.
Ø Penyewa mestilah memastikan semua suis peralatan elektrik spt 'aircond' dan kipas (kecuali peti ais) dimatikan jika meninggalkan homestay untuk jangkamasa yang lama bagi mengelakkan pembaziran elektrik.
Ø Penyewa dilarang membiarkan 'aircond' terus terpasang selama beberapa hari terutama semasa penyewa tiada dirumah kerana ini menyebabkan kerosakan kepada 'aircond' akibat daripada kecuaian tersebut.
Ø Kerosakan alatan kerana kecuaian pengguna mestilah ditanggung oleh penyewa. Pemilik homestay boleh membuat tuntutan ganti rugi di atas kerosakan tersebut. Kerjasama penyewa amatlah dihargai.
Ø Dilarang sama sekali menjadikan cadar atau 'comforter' sebagai alas seterika bagi mengelakkan cadar atau 'comforter' tersebut hangus atau kotor.
Ø Waktu check-in adalah pada jam 2.00 petang dan waktu check-out sebelum jam 12.00 tengahari. Penyewa yang ingin check-in awal atau check-out lewat bolehlah meminta kebenaran terlebih dahulu daripada pemilik homestay. Pemilik homestay boleh mengenakan caj tambahan rm10.00/jam jika penyewa check-out lewat daripada masa yang sepatutnya.
Ø Bagi penyewa yang ingin check-out awal daripada tarikh yang sepatutnya, mestilah memberitahu pemilik homestay dengan kadar segera tentang masalah tersebut. Pemilik homestay berhak untuk tidak memulangkan bayaran bagi hari yang telah dibatalkan kerana tidak menepati janji semasa membuat tempahan.
Ø Ditegah sama sekali membawa masuk makanan yang tidak halal ke dalam homestay.
Di harap peraturan ini akan dipatuhi oleh penyewa sepanjang menginap di homestay kami. Untuk sebarang pertanyaan dan bantuan, sila hubungi tuan rumah: En Abdul Taip / Pn Sipiah di talian 019-8558474 / 010-3405778.